URBAN MINI GARDEN V.1.0.0

Tepi Koridor.

Mendapatkan tanaman yang ringkas atau dikenali sebagai taman mini adalah konsep terkini bagi penduduk urban. Sekiranya kita mementingkan sumber asli hasil daripada tanaman sendiri kita boleh menyediakan satu ruangan mini seperti di kawasan koridor rumah anda. Ruang ini tidak semestinya besar tetapi memadai untuk meletakkan beberapa pasu untuk tanaman yang menggunakan tanah.

Tanaman Pandan.

Sebagai memulakan revolusi pertanian urban di Malaysia. Saya telah mendapatkan induk bagi tanaman pandan yang saya perolehi daripada seorang sahabat di Rawang. Sebagai langkah pertama untuk menanam tanaman yang rendah, mudah diuruskan dan mampu hidup dalam ruang pasu.

No comments: